Friday 17 February 2012

Kisah Keikhlasan

Ini mengisahkan kisah hidup seorang gadis . Setiap perempuan yang dilahirkan didunia ini , pasti akan jatuh cinta . Termasuklah gadis ini . Perasaan suka , sayang dan cinta sering bermain main dihatinya . Sehingga kini , dia tetap mencintai seorang insan .

Pada suatu hari . Gadis itu telah jatuh cinta dengan seorang lelaki bertuah . Lelaki itu seakan sempurna dimatanya . Tiada cacat dan cela . Umpama kain putih bersih tanpa dosa . Gadis itu tidak mampu menyatakan perasaannya pada lelaki itu . Hanya mampu menyimpan dihati . Gadis itu sedar akan kekurangan dirinya yang langsung tidak layak berkongsi kasih sayang dengan lelaki itu . Tetapi , Makin dipendam perasaan itu , semakin sakit dirasa . Akhirnya gadis itu menyatakan juga akhirnya tentang perasaan cintanya terhadap lelaki itu .


Gadis itu sering malu dan lari apabila terserempak dengan jejaka yang bertuah itu . Dia tahuu . Mustahil orang yang sempurna dijodohkan dengan yang cela .
Gadis itu berharap agar cintanya dibalas , namun , perkara itu tidak menjadi apabila die mendapat tahu bahawa lelaki itu sudah berpunya .

Kehancuran membelenggu hatinya ... Dia jatuh ... Beku ... Keras .. Membatu ... Umpama patung yang sedang menangis  ... Gadis itu menyesal dan selepas kejadian itu , kehidupan nya mula mati .
Terkadang gadis itu berfikir , Untung dia ada yang sayang . Untung dia dicintai lelaki itu . Untung dia pandai . Untung dia cantikk .

Kegelapan menghantui gadis itu ..


"Apa yang mampu aku berikan pada dia selain hati yang ikhlas mencintainya .."
Gadis itu menangis dan menangis tanpa henti .
Harapannya hancur dan tidak mampu bersuara lagi .

Kepahitan itu berterusan sehingga gadis itu tidak mampu menghadap kebahagiaan pasangan kekasih bertuah itu . Namun , Keperitan itu ... kegelapan itu ...mula diterangai semula oleh satu sinaran cahaya yang memberi harapan ...


Sinaran itu adalah harapan drpd seorang teman ... Gadis itu tersenyum apabila teman itu menghulur tangan untuk membuang sisa kepahitan hidupnya ...
Gadis itu mula tersenyum..gembira dan tertawa dengan sinaran cahaya persahabatan itu...
Keikhlasan terbukti jelas melalui hubungan persahabatan ...

\
Hidup gadis itu sudah tidak lagi sepi..malah lebih bahagia dan indah...
Ternyata hubungan persahabatan lebih ikhlas berbanding cinta yang palsu ..
Tidak guna ada cinta , tanpa keikhlasan dari hati ...